Saturday 14 March 2015


Tanggungjawab Pendidikan Alam Sekitar J

    
     Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya dalam memastikan pembangunan mapan negara dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Melihat kepada istilah pendidikan alam sekitar, ia didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran bagi tujuan untuk memahami interaksi antara manusia dengan alam sekitar (yakini tanggungjawab dan peranan manusia dalam mengurus alam sekitar secara bijaksana agar kelestariannya terus terpelihara).

      Dalam konteks ini, pendidikan alam sekitar yang mantap dilihat bukan sahaja berupaya melahirkan generasi yang peka terhadap isu-isu alam sekitar semasa. Malahan, ia juga dapat memperbaiki tahap kemampuan serta kemahiran manusia dalam menangani dan menyelesaikan segala isu serta permasalahan alam sekitar yang berlaku pada hari ini. Justeru, bagi mencapai tahap keberkesanan dalam pendidikan alam sekitar, komponen utama dalam pembelajaran perlulah menggabungkan aspek alam sekitar dengan pembangunan.
                                      
             Bagi memastikan keberkesanan pendidikan alam sekitar, sekolah dilihat sebagai  sebuah institusi yang cukup penting dalam menggalas tanggungjawab tersebut agar matlamat meningkatkan kualiti hidup dan juga mutu alam sekitar mampu dicapai dengan jayanya. Tidak dapat kita sangkal bahawa pada hakikatnya hari ini tahap kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar masih lagi belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan..




















No comments:

Post a Comment