Sunday 15 March 2015

PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR :

    Mengemukakan tiga pendekatan yang boleh diambil dalam pendidikan alam sekitar iaitu berkenaan dengan " Pendidikan mengenai Alam Sekitar "Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar"dan"Pendidikan Untuk Alam Sekitar Pendekatan ini setiap satunya mempunyai pengisian dan objektif yang khusus bagi memberi pendidikan alam sekitar kepada masyarakat.Ketiga-tiga pendekatan tersebut adalah menerangkan berkaitan :

    

1. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar 

  * berfokuskan kepada pengetahuan, kesedaran dan
pemahaman tentang interaksi manusia dan alam sekitar.
* Ianya biasa digunakan dalam kurikulum sains dan geografi, iaitu alam sekitar menjadi tajuk atau tema yang diperbincangkan.




2. Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar :

    Pendekatan ini lebih berpusatkan pelajar dan melibatkan
pembelajaran berasaskan aktiviti. Ia melibatkan penglibatan langsung pelajar dalam persekitaran tertentu misalnya melalui kerja lapangan di hutan atau lawatan ke tapak pelupusan sampah.



3. Pendidikan Untuk Alam Sekitar :


        Pendekatan ini memberi fokus kepada matlamat memperbaiki dan memelihara alam sekitar. Ia juga cuba membina rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif dalam menyelesaikan masalah alam  sekitar.


       Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam.Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar...



JENIS-JENIS PENCEMARAN
      

Faktor Semula jadi :  Pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya.


Faktor Manusia : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan.

Antaranya adalah ...

Pencemaran Udara : Contohnya gas-gas beracun,,zarah-zarah yang teperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.


Pencemaran Air : Contohnya , pembuangan air kumbahan,sisa-sisa kimia,haba,pembuangan sampah dan sebagainya.

Pencemaran Tanah : contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembungan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal.



Pencemaran bunyi : contohnya ,bunyi jentera dan bunyi kenderaan yang terlalu kuat.





PENCEMARAN AIR







    Air merupakan sumber paling penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global.Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti  harian seperti pertanian, perikanan perindustrian, pengankutan dan sebagainya.namun air semakin hari semakin tercemar lantaran siakp tidak bertanggungjawab sesetengah pihak,Menurut  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,penccemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal,haba,biologi taua radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan,mengeluarkan , atau meletakkan buangan ini sehinggah menjejaskan  kegunaanya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung,hidupan liar ,ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.



 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR :

     Pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai,tepi tasik dan laut.Pembuangan bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis secra tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran.

     Selain itu, sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran.ini disebabkan sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik kedalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.

      Pertumpahan yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air.ini disebabkan  minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi  lapisan air dan menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah timbul apabila cecair kimia yang yang disalurkan kedalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian ini terdapat beberapa buah Negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam 
laut.











LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR : 






    Media massa dan media elekktronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai  mmengenai kepentingan sungai.Seterusnya, kempen kesedaran perlu diadakan melalui television, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kkehidupan seharian.Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk  siakp cintakan alam sekitar.

        Pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimppal dengan kesalahanya, Akhir sekali,untuk memastikan supaya sampah sarap tidak  menyebabkan sistem  perparitan tersumbat.Maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan.



 PENCEMARAN UDARA





     Kesan negatif yang disebabkan  oleh sistem pengankutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.Dianggarkan setiap tahun lebih kurang 13.6 juta  gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan,tasik dan kehidupan laut. 
       

     Selain itu,gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau  serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.Ahli sains telah membuktikan bahawa pengankutan secara keseluruhan  mengasilkan 64% gas nitrogen ( unsur utama  yang menyebabkan terjadinya hujan asid )42% hidrokarbon , 66% karbon monoksida,32% plumbum, 30% karbon dioksida ,74% Benzena(merupakan bahan beracun), serta toluene, xilena, dan etilena yang tidaak diketahui jumlah peratusnya.Sekiranya dikaji jenis sistem pengankutan( pengankutan darat , laut dan udara ) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta , lori , motosikal dan bas  merupakan punca pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang.Akhir sekali , analisis yang dibuat menunujukkan sistem pengankutan darat kecuali kereta api, menggunakan sebanyak 3 kali ganda keluasan tanah.Ini  melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran.


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA







   Bahaya  pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju.Kesan plumbum  terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum( unleaded).Tindakan tegas kerajaa Malaysia adalah perlu untuk mnegurangkan penggunaan dan penjualan minyak plumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum,terutama penghuni kota.


        Selain itu, mencari alternatif selaon daripada minyak juga adalah penting  bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.Tambahan pula, dua bahan alternatif yang dicadangkan  ialah gas asli ( netural gas) dan propana.Akhir sekali, kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum  dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluran karbon monoksida dan hidrokarbon. Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepda 15% apabial menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar. 


        Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal ataupun tidak, ia patut dijadian satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yyang perihatin terhadap persekitaran.


PENCEMARAN TANAH 




     Pencmaran tanah bermaksud perbuatan atau semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah betukar warna, tidak subur atau berlakunya hakisan. 

     Ia boleh  bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti –aktiviti manusia itu sendiri..

     Sebagai contoh ialah Perlombongan , penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat ke laut.Pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal, dan tumpahan mimyak dan pembuangan sisa nuclear ke dalam laut tempat lain.

     Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. 

    Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. 
    
     Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. 
    
     Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan .


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN TANAH



   Senyawa beracun, zat radioaktif, racun dan limbah lainya berkontribusi tehadap pencemaran tanah.Kondisi ini memiliki dampak buruk pada tanaman dan kesihatan haiwan.tanah mengandungi bahan organik serta anorganik.bahan organik terbentuk kerana tanaman dan haiwan mati yang membusuk.

    lapisan atas terdiri daripada tanah organik, sedangkan lapisan bawah tanah dari anorganik pencemaran secara bertahap mencapai lapisan anorganik. Ada berbagai jenis pencemaran tanah meliputi pencemara tanah dan pertanian. Limbah industri yang menyebabkan  pencemaran tanah.Urbanisasi yang menyebabkan pencemaran tanah.

 Selain itu, pelbagai jenis polusi yang menyebabkan kesuburan tanah dang mengurangi kandungan mineral dalam tanah.Oleh kerana itu, terdapat langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pencemaran tanah.



PENCEMARAN BUNYI



   Pencemaran bunyi di definisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A)decibel dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat. Bahagian, kebisingan seenjar , kebisingan fluktusi dan hentakan inpuls , dan kebisingan selang seli.  


   Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian.Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh paras bunyi semakin meningkat  dari hari-kehari.

   Selain itu, pembangunan Negara yang pesat menuju status Negara industri yang mengyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di Negara kita.

    Buat masa ini, kebanyakkan sektor industri di Negara ini lebih berorentasikan buruh berbandingkan dinegara-neegara maju.sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kepada pendengaran.Pengukuran buny juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologikawalan yang sesuai.



KESAN PENCEMARAN BUNYI








     Pencemaran bunyi dalam kehidupan meden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif keatas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan  mekanisme pertahanan badan manusia yang menyebabkan rembesan adrenalina(hormon) daan respon-respon fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahyakan.

      Selain itu , Kesan pencemaran bunyi keatas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan psikologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respon kepada keadaan cemas manakala kesan psikiologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia , mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

        Tambahan pula, Kesan-kesan negatif yang diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat ditempat kerja atau sekitar perumahan meraka.contihnya pekerja-pekerja dan penduduk-penduduk disekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilanagn pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka..


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN BUNYI




-       Penggunaan Teknologi
Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah  penggunaan halangan bunyi , menghadkan kelajuan kenderaan , menukar tekstur permukaan jalan raya , menghadkan  berat kenderaan , menggunakan kawalan trafik agar tidak mengalami  tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.


      Selain itu , pelaksanaan model komputer bagi bunyi jalan mampu menangani  topografi dan operasi trafik serta mengurangkan hipotesis tempatan  kos pembinaan pengurangan binaan adalah  tertakluk pada penyelesaian
Pada tahap perancangan projek laluan jalan.Pengeluaran  bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet pengeluaran bunyi yang lebih senyap yang dilakukan pada tahun 1970-an dan 1980-an.

        Strategi ini membawa pengurangan terhad.agi pihak pengurusan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan telah  membuktikan member kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang.


No comments:

Post a Comment