Saturday 14 March 2015

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

    Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran. Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu :


(i) Peringkat Antarabangsa

(ii) Pihak Kerajaan

(iii) Organisasi

(iv) Individu.

• Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam. 


Langkah yang kedua iaitu, pihak kerajaan, misalnya Kerajaan Malaysia, telah mengadakan pelbagai undang-undang dan langkah untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan dikehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.


Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, komuniti setempat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar.


  -Komuniti setempat pula boleh mangadakan pertandingan antara lorong, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul surat khabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.




• Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.  



KEPENTINGAN ALAM SEKITAR 


   Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan nyaman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar di negara kita jika tidak dijaga dengan baik. Antara kepentingan alam sekitar ialah:


(i) Kesihatan manusia terjamin



(ii) Tarikan pelancong asing









(iii) Membekalkan udara yang segar



(iv) Menstabilkan ekosistem

No comments:

Post a Comment